September 17, 2013

DIA lebih Menyayangi..

Bismillah...
dalam kegembiraan pasti terselit kedukaan.
dalam setiap kebahagiaan pasti ada kesedihan...
dalam setiap kehidupan pastti ada kematian.


rasa seakan baru je lagi satu keluarga besar aku berkumpul sama2 untuk meraikan perkahwinan kakak sepupu aku then tak lama lepas tu dapat plak perkhabaran sedih kehilangan seorang lagi kakak sepupu aku..
sapa tak terkejut dan sedih dia pergi tiba2..
namun aku tahu itu baik buat dia... Allah lebih menyayagi dia walau besar mana pun sayang kami pada dia...
semoga arwah baik2 saja dan ditempatkan bersama mereka yang diredhai disana...


nota kaki :
Alfatihah kaklong.....

June 25, 2013

masih sama

Bismillah....

Arini badan tetap lemah.
masih tak berselera untuk makan.
tekak pun masih lagi sakit, pahit seperti biasa...
semoga esok akan okay!

jerebu masih lagi sama...
masih tebal..
sampai kan KLCC yang selalu jelas dimata dari rumah ni hilang sekelip mata.
hebat kuasa...
hilang pemandangan indah sementara....
tapi aku tetap sama.. dalam bilik tanpa buat apa2..... *aish!rindu aktiviti lasak sebenarnya*




satu lagi yang kekal sama, aku merindui dia...
ye awak saya rindukan awak...
Ya Allah lindungi dia walau dimana dia berada...
jauh dimata awak tetap kekal dihati saya eceh! tapi itulah kenyataannya....
insyaAllah awak.....
saya rindu awak adishahazman

June 18, 2013

Cinta Hati

Bismillah....


kata hati memang tak selalunya benar...
namun kata hati jualah penguat sebenarnya...

hadirnya dia tanpa dipinta..
hadirnya rasa ini jua tanpa kita mencarinya..
Cinta itu anugerah terindah..
Yang Allah pinjamkan buat kita...

tanpa aku pinta ia hadir menyapa..
membawa seribu makna
memberi seribu pengertiannya...


tidak aku persia..
jauh sekali untuk menafikannya..
ia aku sayang dia
aku ingin memiliki hatinya..
dengan keizinan pencipta dia...
jua penciptaku...
kerana DIA lebih mengetahuinya
segala sesuatu yang mengenai kita...

mungkin hari ini masih samar..
namun esok jua kita masih tidak dapat menekanya..
tiada apa yang dapat ku pinta selain doa kepada Yang Maha Esa..
andai itu pintanya...
aku sebagai hamba melaksana....

semoga ianya satu perjalanan yang mengembira..
membawa seribu makna..
buat kami berdua..


pada kamu semua...
ku pohon doakan kami jua...

Tahniah kawan!

Bismillah....
tarikh : 15 june 2013!
save the date!
tempat: PD
orang2 : aku,mr.mit,dila,ain,shahid
masa : 10pagi ( hah la sangat )


kemana kita????
PD!!!!
yeay! arini seorang sahabat aku sah bergelar tunangan orang....
hehehe...macam dah jadi isteri orang je..
*i jeles u!*
hahaha....tahniah buat sahabat ku...tak lama lagi bergelar isteri plak!


ok now kita cite...
perjalanan kitaorang ni dua kete..
padahal yang pergi dalam 5orang..
dah la tu tersekat plak otw nak ke seremban
jem!!!! argghhhhhh!!!! kalau xjem memang tak sah!
but hepi nye sebab orang kuat yang drive....cian dia! hehe


so sampainya disana kete yang satu  lagi dah pun sampai dulu! *nampak tak aku lewat kat situ*
tak kesah la kan...janji kami semua selamat sampai kan...





yang menariknya...aku,dila dan ain bersungguh2 nak pergi!
bukan ape...meraikan kawan!
bukan ke itu terbaik?!
sahabat kekal selamanya...
apa yang pasti aku gembira buat kawan2 aku yang sedang bergembira...
sekalung doa buat mereka yang bakal mengikutnya jua....
sedar tak sedar tengok kawan2 masing2 dah mencorak haluan masing2...
itu yang seronok tu...


dannnnnnnnn



itu dia....
orang kuat tetap ada!hehe
*dimana2 ada orang kuat merangkap bodyguard*

thanks awak!
saya sangat menghargai masa yang awak luangkan untuk saya!
yeay!



bila tengok sahabat2 dah bertunang,kawin dan tak kurang jadi ibu or bapa buat aku terfikir jap!
oooh! aku sekarang dah makin tua...
*opsss remaja ok!*
kalau dulu bertarget nak kawin umo bape...
sekarang aku terima jer...
hehehe...
hakikat nak gak rasa
*nampak tak gatal kat situ!*




nota kaki:
rindu kan sahabat2

June 13, 2013

Dia

DIA??
mungkin tiada siapa menyangka siapa yang bakal kita kenali 
tiada siapa tahu siapa bakal kita dekati..
juga seperti aku.
tidak aku sangka perkenalan dari ym bertukar no akhirnya ke fb kekal sehingga kini.
dia yang aku kenali tetap sama seperti itu.

dia tidak seperti yang lain.
kekal mendapat tempat dihatiku..
dia tidak seperti mereka.
dia penuh dengan segalanya..

biar aku bukan yang pertama dihatinya..
namun aku berharap agar aku yang terakhir dihatinya..

aku tak tegar melihat dia bersedih lagi..
tidak mampu untuk aku melihat dia kecewa..
aku ingin melihat senyumannya,
teletahnya membuat aku bahagia..
sungguh aku gembira..

sedang mereka tertawa 
mungkin tidak menyangka akan ada hati yang derita..
namun senyuman tetap terikur jua..
tanda kebahagiaan datang menjelma..

Buat pencipta Yang Esa.
padaMU jua aku berminta.
agar kebahagiaan ni berterusan jua.
supaya ianya menjadi halal buat kita.
suatu masa dihadapan kita....

May 24, 2013

Hati ini

Bismillah...
hati dan perasaan.... mungkin bagi orang lain ianya satu benda yang simple... tapi tidak bagi aku..
hati dan perasaan satu benda yang kadang2 diri sendiri pun sukar untuk mengerti..
ada ketikanya aku rasa ingin bersendirian...
ada ketikanya pula aku terasa seakan ingin dekat dengan dia.....
ada ketikanya pula aku terasa seakan ingin buang semua..


kenapa kadang kala aku terrasa seakan tidak adil dengan hidup ini..
tidak adil dengan perasaan sendiri....
ada ketika aku terlalu asyik ingin melihat kebahagiaan mereka didepan aku sampai aku lupa aku yang patut bahagia dahulu..
kadang kala aku terasa seakan aku tak patut dapatkan kebahagiaan itu kerana mereka yang lain masih tidak mampu bahagia..


namun...
aku juga manusia..
ada ketikanya akau merasakan cemburu melihat kebahagiaan mereka... 
aku turut merasa inginkan kebahagiaan seperti mereka...
aku juga inginkan senyuman yang sama seperti diwajah mereka... kebahagiaan itu miliki semua...
namun aku masih belum benar2 mengerti semuanya..



Ya Allah!
aku yakin dengan janjiMU...
ku pasti akan ada kebahagiaan buatku menanti dihadapan...
jadikanlah dia yang ENGKAU ciptakan untuk menjadi imamku.......
bahagiakan kami sepertimana ENGKAU bahagiakan mereka..
amin

May 17, 2013

Makmum

Bismillah...


indah perasaan menjadi makmum pada mereka yang kita kasihi..
merasa ketenangan dan juga dilindungi..
menjadi seorang makmum pada mereka yang kita kasihi amat2lah dinanti...

Syukur aku berpeluang merasa saat itu..
aku masih berpeluang merasai saat itu..
semoga detik itu bakal kembali sekali lagi...
semoga ianya kekal sebegitu nanti...


comel kan??? sangat indah saat ini


Terima kasih awak.

May 11, 2013

MELAKA

Bismillah...

Ini cerita bila kita xada keja...
Bila tahap kebosanan dah melanda jiwa mula lah aku buat kerja pelik...
Kesian kat dia..
Dia demam..!

tapi nak di jadikan cerita..
ke Melaka jugak..

sungguh sangat panas..
Dugaan...
penyudah.. dari dia yang demam balik melaka aku yang sakit pinggang!




nota kaki :
thanks awak walau demam sudi jadi peneman!

April 28, 2013

Cuti-Cuti Malaysia

Bismillah.....
Tajuk sangat menarik...
Entah kenapa sejak - sejak ni aku rasa happy plak nak jalan2...
maksud jalan-jalan kat sini pergi tengok tempat orang budaya orang..
dah nampak sangat kaki jalan...

bertemankan Mr. Mit merangkap bodyguard, TTM (:
*thanks awak* 

Ok..mulakan cerita..
Pada mulanya, Mr.Mit tak tahu pun mana destinasi sebenarnya..
So perjalanan pagi tu berjalan baik!
Destinasi?????????????
BUKIT TINGGI, PAHANG.


Reason aku pilih tempat ni sebabnya hari tu masa naik Fraser aku rasa macam Mr. Mit tertukar antara bukit tinggi dengan Fraser tu...
so sampai2 kat gate tu kenalah huluq...
Sorang Rm 12... jawapan spontan dia "aish kenapa kena bayar?buat tengok ironman pun bagus"

yeay!!!!!!

yang terkeluar dari mulut......
thanks awak! (:

kenapa aku nak ke sini??? ntah lah aku tak ada jawapan yang pasti...
cuma aku hanya ingin menghayati apa yang ada kat sini...aku tenang tengok pemandangan yang mengasyikkan... (:
*semoga nanti satu saat aku dapat sentiasa berbuat sebegini dengan imamku*



Disebabkan kami ni sama2 tak tahu tempat ni kami mulakan perjalan dengan ke tempat ni!
Perkampungan Jepun!
Jepun you! hehe punyalah jauh merantau....
tapi serius nak sampai kena naik tangga tinggi *macam kat batu caves pun ada*
tak cukup tu kena jalan plak..
bukan aku je pancit, dia pun pancit!hehehe adil bukan..



sangat menarik kawasan ni....penuh dengan kehijauan pohon2...
damai je...
ada spa! tapi harga???hehe mampu tengok jela jawabnya...



yang ni view paling menarik.... si dia capture.. memanglah dia suka amek view macam ni..
kat sini pun kita boleh sewa kimono kalau kata nak merasa lah konon2 jepun lah kan..
*yang confirm aku tak try pun*



agak2lah kan dapat tak kalau nak request nak rumah macam ni...
sangat tenang dengan dengar bunyi air...dengan ikan nya... sangat menarik...
rasa tak payah la nak bergerak kemana2.. duduk diam2 je kat situ...


masih ditempat yang sma...rumah jepun! hehe 
memang malas nak bergerak... time tu plak macam makin ramai je manusia datang..
budak2 pun ramai... comel2 je.. aduyai


agak2 dah xbape ramai orang kami pun masuk lah rumah jepun...
ehhh nak jugak!
haha inilah tandanya bila gedik melanda... saja kan dah sampai kalau sume tempat tak jalan rugi..
*ini fakta dari mulut dia*

dah agak puas kat situ
*padahal aku penat dah pusing situ*
aku pun ajak dia pergi perancis plak!
Dari Jepun ke Perancis..
perghh sangat jauh kami melancong..
*kononnya*



ok tuan- tuan sila turun kita dah sampai perancis!
sila terjun!
haha... akhirnya sampai jugak ke kota batu bata..
apa yang ada ek kat sini???
bangunan yang comel2 je rekaannya.. sangat menarik hati


kalau lah dapat bercuti lebih lama kat sini...
mesti best! hehe lari jap dari sesak manusia menyakitkan hati!



eh2 tengok tu!hehe macam comel je dia capture gambar binatang tu...

lepas dah puas sume kami jalan...so apa lagi boleh buat kan..
balik????
belum lagi!
dia ajak makan cendol bakar...cendol BAKAR?
dan aku dengan muka pelik tanya macam manacendol tu dibakar..
memang minta gelak lah jawabnya...
jawapan simple dia sebab nama ayahnya bakar..
aigooo cubalah bagi nama tu jangan buat orang pelik!haha...

paling menarik hari tu jugak aku berpeluang tengok matahari terbenam dari kawasan yang sangta menarik..
sekali lagi terima kasih banyak2 awak..
saya amat2 menghargai..

sangat menarik


tapi..............
aku memang tak reti nak duduk diam lebih2 lagi aku nampak monyet!


monyet tu comel tapi jadi xcomel bila buat aku takut!aish!!!

macam2 tempat kami pergi sehari...
macam2 pemandangan, ragam manusia dapat aku saksikan...
suka duka manusia dalam sehari dapat membuat kita makin matang walau ia bukan terjadi pada kita sendiri



terlepas!hehe 



p/s : sebuah perjalanan boleh memberi seribu makna buat kita.memberi sebuah pelajaran dan pengajaran yang tidak mungkin kita dapat dengan harta....ia jauh lebih bernilai dari sebuah kata2


nota kaki:
buat awak thanks sangat2 untuk seglanya saya amat menghargainya 
hsSAasa
































April 24, 2013

Sama tapi Tak Serupa

Bismillah....
Mungkin panggilan itu sama...
Tu xdapat nak elak sebab itulah nama dia...
Mungkin kita menyukai dia itu sama..
*maksud aku disini kita suka dia kerana dia adalah dia*

Ia tidak menjadi masalah...
Ia tidak mempunyai sengketa...
Kita hadir diwaktu berbeza...
mempunyai satu rasa yang sama...
hadir tanpa dipinta.....
tambah rasa tu kurniaan Allah...
jadi tak perlu rasa marah atau apa...
mungkin disana berdoa....disini turut melakukannya..
meminta dari DIA pencipta yang ESA....
aku tak menafikan segalanya.......
Kamu pernah hadir dihatinya......
Itu kenyataan yang aku xpinta tapi xdapat dilupa.....
mungkin hari ini atau esok belum tentu kesudahanya.......
benar seperti dikata, Jodoh itu rahsia yang ESA tapi perlu diingat satu perkara...
Sebelum tawakal BERUSAHA...
setelah itu berdoa dan tawakal la jua....
sedang kamu berusaha mengambil hati aku jua turut berusaha kearah itu...
ia belum tentu jodoh aku...namun aku tak putus meminta...
Hati nya juga hati ku milik yang Kuasa....
jadi kupohon hatinya dari pemilik sebenar Allah yang Esa..
aku tak pernah menyimpan dendam jauh mencipta sengketa...
tapi kuakui aku pernah mencuba merapatkan kamu semula...
kerna semata2 ingin melihat ASA bahagia...
semoga damailah kamu disana...
berjaya dunia dan akhirat hendakNYA...






nota kaki :
sekadar nukilan ikhlas dari hati...
mengeluarkan segala yang terbuku dihati
mungkin ada kesilapan disana sini
namun aku tetap sama manusia seperti kamu..
punya hati, perasaan jua tak lepas kesilapan.
kamu juga aku sama
PEREMPUAN ingin dimengerti.
semoga kita memahami walau tak saling mengenali.

April 14, 2013

Fraser Hill

Bismillah
13 April 2013
Jauh perjalanan harini.......
destinasi : Jengka
Disebabkan Mr.Mit aku tu nak menggedik...
aku pun bertugaslah jadi pemandu peribadi dia amek kat rumah..
*padahal nak pegi jengka lalu rumah aku*

*
*
*

setelah selesai segala tugas, aku ni mulalah mengada
aku ada penyakit sikit..
penyakit berjalan!
so Mr.Mit pun turutkan kemahuanku!
destinasi : Fraser Hill!!!!!!!
Walaupun telah diingatkan oleh farah perjalanan yang berliku.
Disebabkan aku nak dia pun gagahkan jua....
jadi pengembaraan geng pun bermula......!!!!
*sebenarnya kami ni sama2 xtahu jalan*

*
*
*

disebabkan itu, aku menggunakan teknologi masa kini!
yeah! * thanks mr google*
thanks jugak blogger! sangat berguna!

so kami ini masuk dari bentong..
aku dah kerisauan sebenarnya..yelah takut salah jalan. dan sebenarnya aku dah pun tekad if xjumpa aku nak patah balik je..
kesian kat dia kan drive jauh2.
but!!!! lepas tu dengan izin Allah kami jumpa ni!!!!

nilah buat aku happy sampai dia kata aku budak2
*sebab sama dalam blog yang aku baca*



so dia pun ape lagi semangat teruskan pencarian....punyalah aku risau takut salah jalan kan...
ni benda kedua buat aku happy!!!!
tandanya nye jalan tu betul!hehehe...
paling tepat lagi dah sampai pintu gerbang jalan berliku!!!

nampak tak?????!!!!
teruja!!!

*
*
*

dan harus aku akui... 
jalan kat sini memang memeningkan aku...macam ular kena palu..
lagi mencabar dari cameron...
*tu bak kata mr.mit la *
nasib baiklah aku tak muntah..tu paling penting...





yeay! tu tanda kami dah sampai sana!!!
sampai je ayat pertama..
"terima kasih"
hanya tu yang mampu lahir dari mulut.....syukur...
best nyaman sangat tapi xada apa pun..kalau takat nak rehat2 kan minda...
memang disarankan untuk kesana...
kami plak naik memang saja2 nak makan baru je lepas makan..
so aktiviti kat atas tu berjalan sakan jela jawabnya.

cantik tak???


balik tu ikut jalan lain..punca aku nampak signboard kL
tapi dia kata jauh!!
hahahaha
tapi perjalanan tu lebih menarik lebih memukau...
lebih cantik pemandangannya...
Sungguh indah alam ciptaan Allah....
seluas pemandangan...
tapi sedih sebab masa tu magrib so aku xbagilah dia berhenti kat situ....


rupanya dulu aku pernah pegi sini!!!wah ni buat nak pergi lagi...
insyaAllah one day...



finally memang best perjalanan harini walau pun penat tapi sangat best...
perjalanan yang sangat menarik...
thanks awak sebab tunaikan hajat saya....alhamdulillah...


nota kaki :
aku bersyukur sangat sebab hadirnya dia dalam hidup..
syukur Ya Allah... Terima kasih Ya Allah...
thanks awak!
HSsaASA

April 7, 2013

Bezday Boy!

Bismillah
7 April 
yeay!! hari ini genaplah usia buah hati aku 20tahun!
dialah jantung dialah madu dia jugalah racun!

*
*
*

woot2 bezday boy!



happy birthday angah! semoga panjang usia dipermudahkan rezeki dan berjaya dalam kehidupanmu..
sungguhpun angah dah besar bagi along kamu tetap adik along yang comot..
hehehe....jangan marah!
woot2


March 3, 2013

Selamat Ulang Tahun

Bismillah..
hari ini saat ini genap usiaku 23 tahun..
Alhamdulillah Allah masih izinkan aku bernafas..



semoga pertambahan usia kali ini lebih bermakna
semoga aku menjadi lebih matang!

*
*
*


balik jengka.................................................................

March 2, 2013

Jalan - Jalan : Cameron!

Bismillah
Travelling!!
aktiviti yang paling menarik!
yeay!!
lagi2 kalau aktiviti itu dilakukan bersama mereka yang tersayang



ya Allah semoga aktiviti ini dapat aku teruskan bersama imamku nanti.. insyaAllah


pemilihan lokasi : Cameron..
alasan : entah..haha cuma sebab mr ASA kata melaka dah selalu pegi..
so...
Cameron!here we come 

perjalanan nak kesana ok tapi harus diakui aku tak suka jalan macam ular kene palu!
pening i! *ok poyo*
*
*
*

dannnnn kami pun sampai!
yang ni aku taktau kat mana but thanks en google!

so apa ada kat cameron sebenarnya?????
tempat yang paling indah dan paling menarik kalau nak merehatkan diri dan minda dari hiruk piruk bandar!
nampak tak betapa tension aku sebenarnya?
suhu? still sejuk jugak laaa walau dah tak sesejuk dulu!

kalaulah kl pun macam ni!Alhamdulillah (:

*
*
*

bila dah ada kat atas tu 
confirm la aktiviti wajib teh dan strawberry!!!
yeay!!
dan yang paling best mr ASA layan semua tempat aku nak singgah..
yela..tah zaman bila plak lagi kan nak naik atas tu lagi..

strawberryyy!!!!yummy!


ladang teh

ehhhh??
yang ni?sila abaikan!

sempat lagi dalam2 sejuk tu nak makan strawberry coklat!
xsampai 5minit dah keras coklat tu!
*aish beku habis semua*

*
*
 dannnnnn
saya dapat buah tangan! yeay!


woooot2


walaupun kini bunga tu dah tinggal kenangan tapi tetap omeii angat!
*ok dah mengada2 plak*
but special thanks to mr ASA!

then on the way back to kl singgah kat LATA ISKANDAR!
air terjun!!!nasiblah time tu hujan xdapat la nak menyinggah lama2 kannn
sob...sob...sedihnyaaa





bye2 cameron... bye2 lata iskandar..
banyak memori terindah!
aceh!

nota kaki :
thanks awak!
hssaasa